I am the best.
Entries About Links Stuff Credits




Bab 9-Gemuk Itu Cute!
Wednesday 3 July 2013 | 07:32 | 0 comments
“Assalamualaikum, Farhah, Faris. Ummi dah balik ini.” Puan Farah membuka pintu rumah lalu meletakkan kunci kereta di atas meja. “Waalaikumussalam. Ummi dah balik? Kenapa balik lambat? ” Bertaku-talu soalan yang ditanya Farhanah sebaik turun dari tangga. “Ummi ada hal sedikit tadi. Leya, anak murid ummi itu balik lambat sedikit. Mak ayah Leya ada kerja. Memandangkan cikgu-cikgu lain dah balik, terpaksalah ummi jaga dia sementara menunggu mak dan ayah dia sampai.” Panjang lebar Puan Farah menjelaskan sebab dia pulang lewat hari itu.“Ooh, tak apalah kalau macam itu. Nasib baik nasi goreng pagi tadi ada lagi. Boleh Farha panaskan.” Farhanah melirik ke arah ibunya. 'Kasihan ummi. Mesti penat melayan kanak-kanak Ribena yang tak pernah duduk diam di tadika tadi.' bisik hati kecilnya. “Farhah, kerja sekolah dah buat belum? Farha? Farha! Eh, budak ini. Orang cakap dengan dia, sempat lagi mengelamun!” tegur Puan Farah. Farhanah yang sedang asyik mengelamun terkejut dengan sergahan ibunya lalu melatah.“Oh air Ribena sedap diminum kau!” latah Farhanah. Puan Farah sudah ketawa terbahak-bahak siap mengalir air mata lagi! Ish, ish, teruknya! “Ee, ummi ini! Jahatlah. Tak nak kawanlah.” Farhanah berpura-pura merajuk sambil memeluk tubuh. “Ala.. anak ummi yang comel ini merajuk? Tak mahulah merajuk. Nanti ummi belanja aiskrim mahu? Hehehe..” Puan Farah menghampiri anaknya. Dia takut jika Farhanah benar-benar merajuk.Susah tahu nak pujuk! Apabila melihat tiada reaksi balas daripada Farhanah, Puan Farah mula mengeluarkan 'senjata utamanya' iaitu.. 'Super Tangan Geletek!' (Jeng-jeng-jeng!) Puan Farah perlahan-lahan berjalan di belakang Farhanah. Dia mengangkat jari jemarinya lalu, “Ummi! Gelilah! Ummi lepas, lepas! Hahahahah! Hahahahahahahah! Jangan geletek!” Farhanah terkejut dengan 'senjata' umminya itu lalu ketawa terbahak-bahak. Air matanya mengalir keluar kerana banyak ketawa. Perutnya itu sudah mula kejang. Dia sudah tak tahan lagi.“UMMI!” Akhirnya, Puan Farah melepaskan juga jemarinya dari badan Farhanah. Dia mengjongket-jongketkan keningnya. “Ha.. amacam? Rasakan penangan senjata geletek ummi! Hahaha.."   Farhanah hanya diam membisu. Puan Farah sudah mula gelisah.'Dia marah lagi ke?' Bisik hati Puan Farah. Selang 1 minit kemudian, Farhanah ketawa besar. Puan Farah yang tidak tahu apa-apa turut ketawa sambil menggengam tangan Farhanah tanda sayangnya.
                                                  ~~~~~~~~~~~~~~~
Malam itu, ketika makan malam, Encik Farid ayah kepada mereka berdua bersuara."Esok ayah tiada di rumah, ya? Ada kerja di luar negeri. Kamu berdua jangan nakak-nakal! Sayang, kalau mereka ini nakal, beritahu saya ya? Tahulah saya mahu buat apa."  "Baik ayah." Serentak mereka berdua bersuara tanda mematuhi arahan ayah mereka itu. Farhanah yang memang kuat makan mula menambah nasi untuk kali ke 150 juta.. eh, eh, macam tajuk lagu saja. Dia menambah untuk kali ke 3. Lauk yang dimasak umminya malam ini memang membuka seleranya waktu itu. Sebenarnya Farhanah makan apa sahaja pun dia pasti menambah tak kira makanan itu lazat atau tidak. “Farhah, ayah tengok kamu ini makin gempal. Tak sesuai dengan usia kamu 15 tahun. Ayah takut nanti kamu dilanda penyakit obesiti.” Encik Farid menambah. Farhanah yang sedang makan tiba tiba tersedak. Oh, sekali lagi! Pagi tadi soalan yang sama ditanya umminua, sekarang ayahnya pula.
Apa dia nak jawab? Farhanah hanya diam membisu. Nasi yang masih tinggal di dalam pinggan hanya dikuis-kuis. Tanpa berlengah, dia menghabiskan nasi yang tinggal separuh lalu bangun dari kerusi makan. Dia membasuh pinggan lalu diletakkan di atas rak. Dia kemudian terus berlari menaiki anak tangga. Puan Farah dan Encik Farid hanya melihat dan menggelengkan kepala.
                                        #######################
Di dalam bilik, Farhanah baring di atas katil. “Aduh, betulkah aku makin gemuk? Obesiti? Huh, macam mana ini? Ha! Apa kata kalau aku call Qaseh dan minta pendapatnya. " Farhanah lantas mengambil telefon bimbitnya yang berjenama BlackBerry. Dia lantas mendail nombor Qaseh.

Assalamualaikum Qaseh. Awak sedang buat apa?”
“Waalaikumussalam. Tak buat apa-apa pun. Kenapa?”
“Saya nak minta pendapat awak sedikit. Awak ada apa-apa
cadangan macam mana saya mahu mulakan diet?”
“Wah, akhirnya awak berubah juga. Kenapa tiba-tiba? ”
“Besok saya ceritakan. Cepatlah!”
“Okey, okey. Apa kata awak buka website ini. Www.jomdietsihat.com
Pasti menjadi! Kakak saudara saya dah cuba. Memang mujarab segala petuanya!”
“Okay, terima kasih Qaseh.Saya sayang awak! Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”

Older Post | Newer Post
Bonjour!


My name is blablabla. Welcome to my kingdom.Please, don't judge me. I wanna be who I am.

Shout


Put your shoutbox here.Max width 230.