I am the best.
Entries About Links Stuff Credits




Bab 6- Gemuk Itu Cute
Saturday 8 June 2013 | 19:43 | 0 comments
Farhanah berjalan lemah longlai bersama Qaseh menuju ke kelas 3 Bestari. Selepas meluahkan segala perasaanya kepada Qaseh, dirinya berasa lebih tenang kerana segala beban yang ditanggung hilang juga.
 “Qaseh, saya takutlah.Lepas awak cakap macam itu kepada mereka, saya rasa tak tenang.Yalah, mereka itu bukan calang-calang orang.Tiada siapa berani nak tegur mereka macam itu.Mereka itu, petik jari sahaja awak boleh hancur macam itu saja.” Farhanah meluahkan kerisauannya.Siapa yang tak takut dengan ahli kumpulan The Beautiful yang sungguh berpengaruh itu?
 “Saya pun takut juga.Tak sangka saya boleh cakap macam itu kepada mereka.Tapi tak apa, kita sama-sama hadapi mereka, ya?” balas Qaseh lalu menggenggam erat tangan kawan baiknya itu.
 “Terima kasih Qaseh, atas segala nasihat dan dorongan yang awak berikan pada saya selama ini. Macam manalah saya kalau tak ada awak.Saya sayang awak sangat-sangat!”
 “Saya pun sayang awak juga.”  Mereka berdua berpelukan di hadapan kelas tanpa menghiraukan pandangan dan bisikan murid lain yang hairan melihat kelakuan mereka itu.
------------------------------------------------------------------------
“Apa rancangan Maya nak kenakan mereka itu? Pastikan plan sabotaj ini berjalan dengan lancar!”
“Ooh, ini Maya! Rancangan sabotaj terhebat ini di hujung jari sahaja! Macam ini, mula-mula kita kenakan yang ringan-ringan sahaja.Lama-lama baru yang BOOM punya! Hahaha!”  kata Maya lalu  ketawa terbahak-bahak.Ish, tak ada adab langsung!
 “Tapi sebelum itu, takkanlah saya seorang sahaja yang cari idea? Awak semua pun carilah sama!”
  Maya menyambung sambil membuntangkan matanya yang bulat itu.
 “ Yalah, kami tahulah. Mentang-mentang dia ketua rancangan, nak berlagak pula! Huh!” Balas Wani  lalu menjelingkan matanya ke arah Maya. Baru sahaja Maya mahu membuka mulut mahu membalas, Mia sudah pun mencelah.
 “Dah, dah! Awak berdua ini asyik nak bergaduh sahaja! Saya ada rancangan. Apa kata kita letak dakwat merah di atas kerusinya? Bila dia duduk saja, dakwat merah itu akan terkena bajunya! Jika budak lelaki nampak, pasti dia akan menanggung malu! Hahahaha! Setuju?”
“Setuju sangat!” Mereka berkata serentak lalu ketawa terbahak bahak kecuali Iqa. Dia hanya berdiam diri sambil memikirkan cara bagaimana mahu menghalang rancangan sabotaj ini dari berlaku. Mungkin dia patut memberitahu Farhanah tentang ini. Ya! Dia perlu beritahu gadis itu!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 “Assalamualaikum kelas. Hari ini kita ada murid baru. Sila perkenalkan diri awak.” Cikgu Yasmin, guru kelas mereka masuk ke kelas sambil diikuti seorang pelajar lelaki.
 “Baik cikgu. Assalamualaikum kelas. Nama saya Kamal Hadi b. Ariffin. Dulu saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kota Permaisuri.Saya harap awak semua sudi berkawan dengan saya.” Kamal memperkenalkan diri lalu tersenyum manis. Senyuman yang membuatkan semua gadis di kelas itu cair termasuklah ahli kumpulan The Beautiful.

Older Post | Newer Post
Bonjour!


My name is blablabla. Welcome to my kingdom.Please, don't judge me. I wanna be who I am.

Shout


Put your shoutbox here.Max width 230.