I am the best.
Entries About Links Stuff Credits




Bab 8-Gemuk Itu Cute!
Thursday 27 June 2013 | 20:18 | 0 comments
Sampai sahaja di rumah, Farhanah terus menuju ke ruang makan. Perutnya sudah berkeroncongminta diisi. Ya, semasa waktu rehat tadi dia hanya sempat menjamah sedikit sahaja mi rebus yang dibeli Qaseh kerana terlalu memikirkan tentang dirinya.
 “Laparnya! Rugi betul tak habiskan mi rebus tadi! Eh, umi belum balik lagi ke?” bisik Farhanah. Ibunya, Puan Farah bekerja sebagai seorang guru tadika di tadika yang jauhnya sebanyak 3 km dari kawasan rumahnya. “Takkanlah tadika ada kelas tambahan kot? Hahaha..” Loyar buruk pula Farhanah ini. Mungkin Puan Farah ada hal lain ke? “Ah, nasib baik nasi goreng pagi tadi ada lagi. Baik aku panaskan.Eh, Faris pun belum balik lagi ke? Hai, seorang sajalah aku hari ini.” >Oh, lupa mahu beritahu. Sebenarnya Farhanah buka anak tunggal.Dia mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Faris.< (menyibuk sekejap!) Selepas memanaskan nasi goreng tadi, dia mengambil sudu di dapur lalu mula untuk makan. Sebelum makan, dia membaca basmalah. “Allahumma bariklana fiima razaqtana waqina a'zaabannar.Amiin..”  Dia terus memasukkan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya untuk mengisi perutnya yang sedang lapar itu.
                                                      ®®®®®®®®®®®®®®®
“Assalamualaikum!” kedengaran suara Faris dari luar rumah memberi salam. Farhanah yang sedang makan meletakkan sudunya ke dalam pinggan lalu meluru membuka pintu.“Lambat balik? Ada apa? Balik bas yang amana ini? Tak silap akak, bas yang akak naik tadi bas yang terakhir.”  “Ish akak ini! Lain kali jawablah salam dulu! Bas yang terakhir apanya?Ada lagilah bas. Kalau tak, adik tak ada di depan akak sekarang, tahu? Ala, adik tolong Cikgu Fauzi kemas stor sukan. ”  kata Faris menjelaskan sebab mengapa dia lewat pulang hari itu. Faris memang berbeza dengan kakaknya, Farhanah. Faris kacak, kurus dan bijak dalam segala hal. Farhanah pula comel, gemuk, agak pandai dan suka makan! Itulah perbezaan antara Muhammad Faris b. Farid dan Nurin Farhanah bt. Farid. Tapi, hubungan mereka tak pernah renggang walapun selalu bergaduh.
                                                     ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Girls, what should I do for the guy? I won't let him fall in love with that fat girl! Never!!” Mia bertempik marah! Ahli yang lain hanya senyap sunyi tidak bersuara. “Mia, berapa kali saya nak cakap? Buat saja apa yang awak selalu buat! Ha. Saya ada rancangan!” Mia bersuara memecahkan keheningan di bilik itu. “What your plan? Make sure the plan will work and it will make Farhanah suffer for ever! Hahaha” Mia bertanya sambil menyelitkan sedikit unsur jahat. “Err.. Mia, apa yang Farhanah dah buat sampai awak benci sangat dengan dia?”  Iqa bertanya setelah lama berdiam diri. Dia mahu tahu sebab mengapa Mia terlalu membencikan Farhanah itu. Mia menjawab lalu menghembuskan nafas. “Begini...

Older Post | Newer Post
Bonjour!


My name is blablabla. Welcome to my kingdom.Please, don't judge me. I wanna be who I am.

Shout


Put your shoutbox here.Max width 230.