I am the best.
Entries About Links Stuff Credits




The Future Novelistar (TFN) ^_^
Saturday 8 June 2013 | 08:42 | 0 comments
Assalamualaikum bloggers semua :)
Jam dah pukul 11:22 malam tapi Qis belum tidur lagi. Lagipun, tengah hari tadi Qis dah tidur.So, malam ini tak mengatuklah :P
 Korang kenapa tak tidur lagi? Ni mesti layan Facebook, Twitter or Instagram.Dah tahu sangat dah! Hehehe !
 Malam ini Qis nak cerita tentang group The Future Novelistar yang Qis join dekat FB. Kalau korang pencinta novel, tak rugi korang join group ini! Siapa ketuanya? Oh, ketuanya ialah kak Lina atau nama panjangnya, Siti Nurshazalina. Kak Lina ini baik tahu! Dia juga seorang yang berwibawa.Memang dia layak jadi ketua dalam apa-apa aktiviti yang kitorang anjurkan.
Dulu, kak Lina buat group ini suka suka saja. Tapi, lama-lama, ahli group ini dah mencecah 118 orang dah. Hebat, kan? Dulu juga, group ini sunyi saja. Tapi, sejak akhir-akhir ini group TFN memang sibuk! Sebab dengan idea kak Lina yang bercadang nak buat kuiz atau pertandingan di group ini, TFN dah jadi glamour! TFN pun dah ada page sendiri, blog sendiri dan Twitter sendiri.Wow, AMAZING! :D
Kalau korang nak tahu hebat atau tak TFN ini, searchlah dekat FB. Taip saja The Future Novelistar, mesti keluar! Blog pun ada. Tapi, tak berapa ingat sangat alamat blog itu.Kalau dah ingat, Qis tulis di entry lain, ya? ;)
Kitorang pun ada ketua blog, ketua g-Mail dan lain-lain.
Kalau ketua blog : El yang comel sokmo!
Ketua G-mail : El juga.
(Itu saja yang ingat! Sorry, ya! Kalau ada nama yang tak sebut!)

Oklah, time to go now.Katil dan bantal sudah melambai-lambai ini! Mengantuk -_-
Okeylah, lain kali Qis tulis lagi. Kalau sempat, Qis pun akan tulis novel Qis di blog ini!
Okay, Assalamualaikum ^_^  Bye!

Older Post | Newer Post
Bonjour!


My name is blablabla. Welcome to my kingdom.Please, don't judge me. I wanna be who I am.

Shout


Put your shoutbox here.Max width 230.