I am the best.
Entries About Links Stuff Credits




Bab 10- Part 2.
Wednesday 17 July 2013 | 07:43 | 0 comments

Kringgg!
Bunyi loceng Sekolah Menengah Sri Petaling berbunyi nyaring. Qaseh yang baru sahaja tiba beberapa minit sebelum bunyi loceng bergegas menuju ke kelas. Di pertengahan jalan, dia terserempak dengan Farhanah. “Eh, Ahah. Jomlah pergi kelas sama-sama.” ajak Qaseh lalu memberi senyuman yang manis kepada gadis montel itu. “Eh, jomlah! Lagipun, ada sesuatu saya nak cerita dekat awak.” kata Farhanah lalu mereka bergerak bersama menuju ke kelas 3 Bestari. “Apa dia?”
“Tak, sebenarnya macam ini. Semalam, lepas saya telefon awak, saya terus buka laman web yang awak beritahu saya itu. Kemudian, saya ada baca satu info yang memberitahu remaja gemuk seperti saya mesti berani menentang segala tohmahan dan segala ejekan yang diberikan orang sekeliling! Pagi tadi, kumpulan remaja gedik itu macam biasalah, mengejek saya. Saya pun teringatkan info itu jadi saya pun melawan kembali segala kata-kata mereka dengan lantang. Mereka terkejut lalu merancang untuk mensabotaj saya. So, I did not know what to do now. Can you help me? The Beautiful takkan senang-senang melepaskan mangsa mereka! ” jelas Farhanah dengan panjang lebar. Fuh, semput! “Oh, begitu. Saya rasa, saya tahu apa yang patut dilakukan! Awak mesti bersedia sebab anytime saja mereka boleh menyerang awak. Nama saja kumpulan The Beautiful, luar memang cantik tapi dalam? Hanya Tuhan yang tahu!” Qaseh nampaknya sudah bersemangat mahu menolong Farhanah menangani sabotaj-sabotaj yang akan dilakukan The Beautiful. Qaseh, Farhanah, Fighting!

                                                                               ®®®®®®®®®®®®®®®®®®®

Mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar Cikgu Ayu itu membuatkan para pelajar kelas 3 Bestari memberi sepenuh perhatian. Cikgu Ayu memang antara cikgu paling popular di Sekolah Menengah Sri Petaling itu kerana sifatnya yang baik, memahami dan beliau juga seorang yang cantik. Farhanah juga amat mengagumi wanita yang diberi nama Ayu Binti Mahmod ini kerana sifat keibuannya walaupun beliau belum lagi berkahwin. Tambahan pula, Farhanah memang minat dengan pelajaran ini kerana dia bercita-cita ingin menjadi seorang penulis novel bestseller seperti Ain Maisarah, idolanya yang seorang itu.

Kringgg!

Bunyi loceng menunjukkan waktu rehat berbunyi. Hamid bangun dari kerusi dan mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ayu diikuti pelajar-pelajar lain. Selepas Cikgu Ayu keluar, murid-murid mula mengemas meja dan menyimpan buku di dalam beg. Qaseh yang sudah selesai mengemas, mengajak Farhanah ke kantin dengan senyuman comel. “Ahah, jom makan! Perut saya sudah berkeroncong minta diisi!”  Qaseh mengusap-usap perut kempisnya. Farhanah hanya tersenyum manis dan menjawab. “Jomlah! Tapi, awak kena tahan saya dari makan banyak tahu! Saya mahu berdiet mulai dari hari ini!” Farhanah nampaknya sangat bersemangat. Qaseh merenung Farhanah dalam-dalam. “Betul ini? Awak janji nak diet? Janji betul-betul? Bukan hangat-hangat tahi ayam?” Qaseh agak musykil dengan permintaan Farhanah. Dia ingatkan semalam Farhanah telefon dia hanya suka-suka. Dia yakin, Farhanah tak akan mampu untuk berdiet. Tapi hari ini, nampaknya dia sangat bersungguh-sungguh! “Betullah!” Farhanah menjawab penuh semangat. 'Mungkin aku patut tolong dia. Dia kan kawan baik aku. Takkan aku tak nak tolong dia pula?'

                                                                                ®®®®®®®®®®®®®®®®®®®

“Hurry! Cepatlah sedikit buat kerja itu! Nanti orang nampak!” kedengaran satu suara sedang mengarahkan kawannya supaya segera melakukan sesuatu. “Okey, okey! Sabarlah. Dah nak siap ini. ” satu suara lagi sedang menyuruh kawannya bersabar. “Okey, dah siap! Lepas ini pasti dia akan menanggung malu!”  Selepas melakukan 'kerja' itu, mereka berdua seger beredar dari tempat duduk di kantin itu.


Older Post | Newer Post
Bonjour!


My name is blablabla. Welcome to my kingdom.Please, don't judge me. I wanna be who I am.

Shout


Put your shoutbox here.Max width 230.