I am the best.
Entries About Links Stuff Credits




Bab 10-Gemuk Itu Cute! Part 1.
Sunday 14 July 2013 | 17:13 | 0 comments

Selepas mematikan perbualan antara dia dengan Qaseh di telefon, Farhanah segera bangun dari katil lalu mencapai komputer ribanya yang terletak di atas meja. Agak lama juga dia tak membuka komputer ribanya yang berwarna biru ini. Dia segera mengaktifkan talian internet lalu membuka laman yang penuh informasi dan pengetahuan, Google. Farhanah menaip laman web yang diberitahu Qaseh sebentar tadi. Dalam 1 minit, muncul laman web tersebut di skrin komputer riba jenama Apple ini. Farhanah lantas membaca sambil menulis info-info yang wajib dia ingat.
                                                     
                                                                         ®®®®®®®®®®®®®®®®®®®®

Keesokan paginya, jam loceng Farhanah berbunyi nyaring menandakan sudah pukul 6 pagi. Farhanah yang sedang enak dibuai mimpi terkejut lalu jatuh dari atas kerusi. Eh, kenapa jatuh dari atas kerusi? Bukankah dia tidur di atas katil? Oh, rupanya malam tadi dia ralit membaca info kesihatan lalu tertidur di atas mejanya. “Aduh, sakitnya pinggang aku ini! Kacau daun betullah jam loceng ini! Orang tengah seronok bermimpi jadi kurus, dia tiba-tiba menjerit. Kurang asam jawa betul!”
Farhanah menngomel geram sambil cuba bangun dari lantai. Dia cuba sedaya upaya untuk mengangkat badannya yang agak besar itu. “Ah, baik aku sambung tidur balik lagi bagus.” kata Farhanah lalu merebahkan dirinya di atas katil empuk itu. Belum sempat dia melelapkan mata.. “Farhanah! Bangun! Dah pukul berapa ini! Kamu itu dahlah anak dara, bangun lambat pula itu! Tak manis langsunglah! ”  Ergh, sekarang ibunya pula iaitu Puan Farah menjerit menyuruh dia bangun. Kenyaringan dan kekuatan suara Puan Farah hampir menyamai bunyi jam locengnya tadi. Adik beradik mungkin?
“Ya ya, saya bangun! Ala ummi ini, janganlah jerit kuat-kuat. Boleh pekak tahu telinga Farhah ini? Nanti kalau ummi kejut lagi, langsung Farhanah tak bangun sebab dah pekak asyik dengar ummi menjerit saja.”  Farhanah mengomel sendirian lalu bangun dari katil. Baru sahaja mahu sambung tidur dah ada yang mengganggu gugat keamanan. Farhanah berjalan mengambil tuala yang disangkut di almari. Dengan segera dia memasuki bilik air dengan kaki kiri dan membaca doa masuk tandas.
                                                                       ®®®®®®®®®®®®®®®®®®®®®

“Belajar elok-elok ya? Tahun ini PMR. Jangan hampakan harapan ummi dan ayah.” kata Puan Farah kepada Farhanah yang sedang turun dari kereta menuju ke sekolah. “Baik ummi.” balas gadis montel itu. Farhanah mengiringi kereta ibunya dengan dua biji matanya yang bulat hingga kereta Saga FLX itu hilang dari pandangan. Farhanah memalingkan arah menuju ke pintu pagar sekolah. Ketika melangkah, dia berdoa dalam hati. 'Ya Allah, kau jauhkanlah aku dari kumpulan The Beautiful dan mereka yang menghina aku pagi ini. Amiin.' Gadis montel itu berjalan pantas kerana dia tidak mahu berlama-lama di situ. Dia tidak mahu remaja-remaja perempuan itu melihat dia di situ. “Wowowow, cik adik nak pergi mana? Sombongnya. Jalan tak pandang kita pun, kan? Opss, lupa pula! Dia itu kan gemuk, mestilah tak kawan dengan orang kurus dan cantik macam kita ini. Dia kawan dengan orang yang suka makan macam dia, kan? Right girls?”
Nampaknya nasib tak menyebelahi gadis montel itu. The Beautiful sudah nampak dia. Waktu itu, dia sudah berpeluh-peluh. ' Qaseh mana? Qaseh, muncullah! Tolong Ahah! ' Dia mula tercari-cari Qaseh, penyelamat dirinya yang setia bersama. 'Nampaknya, aku kena cuba lawan sendiri! Fighting Farhah! Fighting! '
Gadis itu mencari kekuatan sebelum melawan. “Awak semua mahu apa? Saya tak pernah dan tak akan ganggu awak. Tapi, kenapa awak ganggu saya? Hobi awak ke? Tapi setahu sayalah kan, awak semua ini kaki shopping. So, apa kena mengena saya dengan hobi-hobi awak itu. Jangan ganggu saya!”  Farhanah terkejut. Tak pernah dia seberani itu. Lama kelamaan, dia mula mendapat kekuatan dan tersenyum lebar. The Beautiful terkejut besar kerana tidak menyangka Farhanah boleh jadi seberani itu. Mia mula membalas, “ Hey, how dare you! Berani awak cakap macam itu dekat kami semua? Awak tahu tak kami siapa? Saya, anak Tan Sri Azhar. Wani, anak Dato' Azwan. Maya, anak saudara Sheyla Hamzah dan anak Dato' Badrul! Iqa, anak perempuan Dato' Idris. So, awak jangan berani cakap begitu pada kami! ” Mia membalas. Fuh, siap sebut satu-persatu nama ayah masing-masing! “Girls, let's go! Jangan layan badak air macam dia ini! Nanti, dia tahulah apa akibatnya!” kata Mia lalu segera berlalu. Kemudian, Mia berbisik pada Wani. “Do what usually we do now! Jangan bertangguh lagi!”


Older Post | Newer Post
Bonjour!


My name is blablabla. Welcome to my kingdom.Please, don't judge me. I wanna be who I am.

Shout


Put your shoutbox here.Max width 230.