I am the best.
Entries About Links Stuff Credits




Bab 11 - Gemuk Itu Cute!
Saturday 21 September 2013 | 23:25 | 0 comments
Farhanah dan Qaseh berjalan menuju ke tempat biasa mereka duduk. Jauh dari hingar bingar warga Sekolah Menengah Sri Petaling. Sampai di sana, Qaseh terus mempelawa Farhanah duduk. “Hari ini, tuan puteri tak payah mengeluarkan satu sen pun. Semuanya di bawah tanggungan hamba.” Usik Qaseh. Farhanah ketawa besar melihatnya. Farhanah terus duduk di atas kerusi. Sebaik sahaja dia duduk, dia terperasan ada anak kucing di bawah meja.

“Eh, kucing! Comelnya! Macam mana boleh ada di bawah meja ini?”  Farhanah memang sukakan haiwan terutama sekali anak kucing yang comel. Baru sahaja Farhanah mahu bangun dari kerusi dan pergi ke bawah meja, tiba-tiba dia tersekat. “Eh, kenapa ini? Kenapa tak boleh bangun ini? Tolong!”
Farhanah menjerit dalam hati. Qaseh yang baru selesai membeli makanan sedang berjalan menuju ke arah meja mereka ternampak seperti Farhanah dalam masalah. Mukanya tampak cemas dan bingung. Dengan berhati-hati, dia membawa mangkuk mi rebus sambil berjalan pantas.
“Ya Allah, kenapa ini Ahah? ” Qaseh tanpa berlengah terus bertanya. “Tolong saya! Saya rasa macam terlekat di kerusi ini!" Farhanah makin cemas. Yalah, siapa yang tak cemas kalau tiba-tiba melekat dekat kerusi? Tolong!

Qaseh terus meletakkan makanan yang baru dibelinya tadi di atas meja. Kemudian, dengan pantas dia terus menarik Farhanah dari kerusi dengan menggunakan kudratnya yang tak seberapa itu. Tapi, badan Farhanah yang sangat berat itu mrungskingkan lagi keadaan. Qaseh yang kurus itu tidak mampu untuk menariknya dari kerusi. Orang ramai mula mengerumuni mereka. Ada yang baik hati dating untuk membantu. Tapi, seperti biasa hanya sedikit sahaja bilangan yang membantu. Mereka yang lain hanya datang untuk menyaksikan apa yang terjadi dan terus ketawa terbahak-bahak.

Tiba-tiba, Kamal yang kebetulan lalu untuk ke kaunter kantin ternampak ramai orang yang mengerumuni sebuah meja. Kemudian, dia segera membatalkan niat untuk pergi membeli makanan. Dia mahu menyaksikan apa yang telah terjadi disebalik kekecohan itu.

Sampai sahaja, dia ternampak Qaseh dan dua orang pelajar perempuan sedang berusaha menarik Farhanah yang telah melekat dari kerusi. Dia segera mencelah daripada orang ramai dan pergi ke arah Qaseh. "Apa yang telah terjadi ini?" Tanya Kamal kepada Qaseh. Qaseh yang mula berpeluh-peluh itu menjawab. "Kawan saya melekat di atas kerusi ini. Tapi, kami tak mampu untuk menarik dia disebabkan badannya yang berat ini." Qaseh menerangkan apa yang telah terjadi kepada Farhanah.
"Mari saya tolong." Kamal menawarkan bantuan. "Tapi, awak kan lelaki, haram bersentuhan dengan perempuan bukan mahram." Wah, dalam keadaan genting sebegini pun Qaseh masih mampu menjaga batas pergaulan mereka, "Tapi, ini dah kira darurat. Tiada orang yang dapat membantu lagi. Jadi, awak perlukan bantuan seorang lelaki." Kamil membalas. Qaseh hanya mengangguk mengiyakan sahaja. Kamil mula menyingsing lengan baju sekolahnya dan menarik badan Farhanah.

"1,2,3, TARIK!"






Older Post | Newer Post
Bonjour!


My name is blablabla. Welcome to my kingdom.Please, don't judge me. I wanna be who I am.

Shout


Put your shoutbox here.Max width 230.