I am the best.
Entries About Links Stuff Credits




Ilalliqa', GoodBye, Selamat Tinggal and Annyeonghi-Gaseyo 2013!
Wednesday, 9 October 2013 | 07:02 | 0 comments

Assalamualaikum :D

Okay, kalau korang tengok entry yang panjang berjela kat atas itu, korang mesti dah tau apa yang Qis nak tulis. Hahaha xD

Yes, tinggal 1 bulan lebih je lagi sebelum berakhirnya 2013 dan munculnya 2014. Ya tak ya, Qis belum fikir azam untuk tahun depan! (Walaupun kadang-kadang satu pun tak pernah jadi. -_-)
Hahaha, kadang-kadang bila ingat balik dari 2008 sampai 2013. Dari Qis darjah satu, sampai darjah 5. Banyak sangat kenangan manis dalam 5 tahun belajar di Sekolah Tahfiz Darul Furqan. Paling best, tahun lepas! Ingat lagi, dulu dengan ustazah-ustazah kelas dulu. Hahaha, asyik betukar je. Dari ustazah Ain-Ustazah Alia-Ustazah Najwa-Ustazah Syuqaira'-Ustazah Nissa. Fuh, 5 USTAZAH TUKAR DALAM TEMPOH SETAHUN BELAJAR! Hahaha :D Tapi, paling best dengan ustazah Nissa'. Ustazah pakai purdah yang comel-putih-lemah lembut-suara sedap-pandai menyanyi! Hujung tahun sebelum ihtifal, ustazah yang latih kitorang nyanyi Freedom by Maher Zain and dikir barat by Raihan. Walaupun kitorang tak dapat masuk final, tapi kitorang tak kisah! Janji kitorang dapat duduk dengan ustazah sepanjang masa. Hahaha :D Fuh, memang banyak gila moment kitorang dengan ustazah. Tak boleh lupa :`)

Hanis, we miss you so much. Kawan baik dari darjah 3. Walapun asyik bergaduh je, kitorang mesti kawan balik. Walapun kekadang perangai Hanis tu annoying, tapi dialah kawan baik Qis. Tapi, tahun ini dia tak ada, pindah. Rindu sangat-sangat! BTW, tahun depan UPSR. Maybe selamat tinggal jugak for blog ini dan novel. Huhuhu, sedih! Tapi, kalau ada masa Qis jenguklah blog ini, okay! Yeayyy!

Okay, time to go! Bye, Assalamualaikum ! :3

Bab 11 - Gemuk Itu Cute!
Saturday, 21 September 2013 | 23:25 | 0 comments
Farhanah dan Qaseh berjalan menuju ke tempat biasa mereka duduk. Jauh dari hingar bingar warga Sekolah Menengah Sri Petaling. Sampai di sana, Qaseh terus mempelawa Farhanah duduk. “Hari ini, tuan puteri tak payah mengeluarkan satu sen pun. Semuanya di bawah tanggungan hamba.” Usik Qaseh. Farhanah ketawa besar melihatnya. Farhanah terus duduk di atas kerusi. Sebaik sahaja dia duduk, dia terperasan ada anak kucing di bawah meja.

“Eh, kucing! Comelnya! Macam mana boleh ada di bawah meja ini?”  Farhanah memang sukakan haiwan terutama sekali anak kucing yang comel. Baru sahaja Farhanah mahu bangun dari kerusi dan pergi ke bawah meja, tiba-tiba dia tersekat. “Eh, kenapa ini? Kenapa tak boleh bangun ini? Tolong!”
Farhanah menjerit dalam hati. Qaseh yang baru selesai membeli makanan sedang berjalan menuju ke arah meja mereka ternampak seperti Farhanah dalam masalah. Mukanya tampak cemas dan bingung. Dengan berhati-hati, dia membawa mangkuk mi rebus sambil berjalan pantas.
“Ya Allah, kenapa ini Ahah? ” Qaseh tanpa berlengah terus bertanya. “Tolong saya! Saya rasa macam terlekat di kerusi ini!" Farhanah makin cemas. Yalah, siapa yang tak cemas kalau tiba-tiba melekat dekat kerusi? Tolong!

Qaseh terus meletakkan makanan yang baru dibelinya tadi di atas meja. Kemudian, dengan pantas dia terus menarik Farhanah dari kerusi dengan menggunakan kudratnya yang tak seberapa itu. Tapi, badan Farhanah yang sangat berat itu mrungskingkan lagi keadaan. Qaseh yang kurus itu tidak mampu untuk menariknya dari kerusi. Orang ramai mula mengerumuni mereka. Ada yang baik hati dating untuk membantu. Tapi, seperti biasa hanya sedikit sahaja bilangan yang membantu. Mereka yang lain hanya datang untuk menyaksikan apa yang terjadi dan terus ketawa terbahak-bahak.

Tiba-tiba, Kamal yang kebetulan lalu untuk ke kaunter kantin ternampak ramai orang yang mengerumuni sebuah meja. Kemudian, dia segera membatalkan niat untuk pergi membeli makanan. Dia mahu menyaksikan apa yang telah terjadi disebalik kekecohan itu.

Sampai sahaja, dia ternampak Qaseh dan dua orang pelajar perempuan sedang berusaha menarik Farhanah yang telah melekat dari kerusi. Dia segera mencelah daripada orang ramai dan pergi ke arah Qaseh. "Apa yang telah terjadi ini?" Tanya Kamal kepada Qaseh. Qaseh yang mula berpeluh-peluh itu menjawab. "Kawan saya melekat di atas kerusi ini. Tapi, kami tak mampu untuk menarik dia disebabkan badannya yang berat ini." Qaseh menerangkan apa yang telah terjadi kepada Farhanah.
"Mari saya tolong." Kamal menawarkan bantuan. "Tapi, awak kan lelaki, haram bersentuhan dengan perempuan bukan mahram." Wah, dalam keadaan genting sebegini pun Qaseh masih mampu menjaga batas pergaulan mereka, "Tapi, ini dah kira darurat. Tiada orang yang dapat membantu lagi. Jadi, awak perlukan bantuan seorang lelaki." Kamil membalas. Qaseh hanya mengangguk mengiyakan sahaja. Kamil mula menyingsing lengan baju sekolahnya dan menarik badan Farhanah.

"1,2,3, TARIK!"





BlogSkins Baru!
| 23:07 | 0 comments
Assalamualaikum!


Hurm, GUESS WHAT? I have a new blogskins! Yeay! I know, it's awesome right? :D

Okay, aku tahu respon korang mesti macam niyh :

-_- So, siapa kesah?

Okay, haha tak taulah betul ke tak. Tapi, kalau ada macm tuyh, sabar jeaa lah. Nak buat camne kan? Blog aku niyh bukan macam blog kak Hanis Zalikha and kak Anna Khayalan turh. -_- (sedih!)

Tapi, yang Qis nak cite kat korang niyh pasal blogskin's Qis yang baru! Yeay, happy giler! Akhirnya, Qis tahu macam mana nak tukar skins. :)

Tapi, satu je prob dia. Qis tak suka gambar kat blog ini! SNSD! Gambar dia terlalu sexy! But, I don't know how to remove the photos. Sedih!Huhuhu :( Once again, korang punya emosi macam niyh.

       WHO CARES? -_-

Hahaha, okay. Cukup untuk hari ini. Sorry sebab 'terpaksa penuhkan' cerita yang membosankan ini kat Dashboard korang. Mianhae! xD

Okaylah, bye! Assalamualaikum :D

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!
Friday, 26 July 2013 | 02:25 | 0 comments

Assalamualaikum semua :)
Walaupun sekarang dah 17 Ramadhan, tapi Qis nak ucap, SELAMAT BERPUASA kepada semua. Okay, Qis tahu Qis dah terlalu lambat nak ucap. Jangan marah! Hehehe ^^

Sape yang tak ponteng puasa lagi? Angkat laptop! Chewah, sebab lapar sangat Qis dah jadi CRAZY!
Eh, jangan ikut pula! Nanti habis terjatuh laptop turh Qis tak nak tanggung! :P Hhehhe.
Sape yang tak tinggal Tarawih? Angkat tangan! Eh, jangan angkat tangan depan laptop pula! Nanti orang nampak, orang ingat kita gila! Hehehhe. Okay, Qis dh over the top dah ini.
BTW, korang tak payahlah angkat tangan, just tinggalkan komen kat bawah! :D

Korang perasan tak? Bulan puasa ini banyak cabaran! Cabaran macam mana itu? Oh, cabaran macam cuaca panas terik, jerebu, haus, lapar, orang ajak 'buat ketupat', and macam macam lagi! Memang duga iman. Mula-mula Qis pun antara orang yang hampir 'kecundang'. But, bila Qis fikir balik. Qis tahu Tuhan buat macam itu supaya kita dapat rasa macam mana orang miskin rasa. Kebuluran, kepanasan, keletihan macam macam lagi. Orang zaman dulu makan sikit je, tapi kita sikit-sikit makan, sikit-sikit makan. Yalah, dalam setahun, 11 bulan asyik makan je! Bulan puasa ini Tuhan nak bagi kita rest sebulan. So, faham-fahamlah korang. (Eh, sejak bila aku jadi ustazah melayu terakhir ini?) :P

Okay, time to go now! Time to hit the shower! Selamat Berpuasa and Selamat Berbuka guys :)
Oh, don't forget to follow me and leave your comment down this post. Love you :D

Bab 10- Part 2.
Wednesday, 17 July 2013 | 07:43 | 0 comments

Kringgg!
Bunyi loceng Sekolah Menengah Sri Petaling berbunyi nyaring. Qaseh yang baru sahaja tiba beberapa minit sebelum bunyi loceng bergegas menuju ke kelas. Di pertengahan jalan, dia terserempak dengan Farhanah. “Eh, Ahah. Jomlah pergi kelas sama-sama.” ajak Qaseh lalu memberi senyuman yang manis kepada gadis montel itu. “Eh, jomlah! Lagipun, ada sesuatu saya nak cerita dekat awak.” kata Farhanah lalu mereka bergerak bersama menuju ke kelas 3 Bestari. “Apa dia?”
“Tak, sebenarnya macam ini. Semalam, lepas saya telefon awak, saya terus buka laman web yang awak beritahu saya itu. Kemudian, saya ada baca satu info yang memberitahu remaja gemuk seperti saya mesti berani menentang segala tohmahan dan segala ejekan yang diberikan orang sekeliling! Pagi tadi, kumpulan remaja gedik itu macam biasalah, mengejek saya. Saya pun teringatkan info itu jadi saya pun melawan kembali segala kata-kata mereka dengan lantang. Mereka terkejut lalu merancang untuk mensabotaj saya. So, I did not know what to do now. Can you help me? The Beautiful takkan senang-senang melepaskan mangsa mereka! ” jelas Farhanah dengan panjang lebar. Fuh, semput! “Oh, begitu. Saya rasa, saya tahu apa yang patut dilakukan! Awak mesti bersedia sebab anytime saja mereka boleh menyerang awak. Nama saja kumpulan The Beautiful, luar memang cantik tapi dalam? Hanya Tuhan yang tahu!” Qaseh nampaknya sudah bersemangat mahu menolong Farhanah menangani sabotaj-sabotaj yang akan dilakukan The Beautiful. Qaseh, Farhanah, Fighting!

                                                                               ®®®®®®®®®®®®®®®®®®®

Mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar Cikgu Ayu itu membuatkan para pelajar kelas 3 Bestari memberi sepenuh perhatian. Cikgu Ayu memang antara cikgu paling popular di Sekolah Menengah Sri Petaling itu kerana sifatnya yang baik, memahami dan beliau juga seorang yang cantik. Farhanah juga amat mengagumi wanita yang diberi nama Ayu Binti Mahmod ini kerana sifat keibuannya walaupun beliau belum lagi berkahwin. Tambahan pula, Farhanah memang minat dengan pelajaran ini kerana dia bercita-cita ingin menjadi seorang penulis novel bestseller seperti Ain Maisarah, idolanya yang seorang itu.

Kringgg!

Bunyi loceng menunjukkan waktu rehat berbunyi. Hamid bangun dari kerusi dan mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ayu diikuti pelajar-pelajar lain. Selepas Cikgu Ayu keluar, murid-murid mula mengemas meja dan menyimpan buku di dalam beg. Qaseh yang sudah selesai mengemas, mengajak Farhanah ke kantin dengan senyuman comel. “Ahah, jom makan! Perut saya sudah berkeroncong minta diisi!”  Qaseh mengusap-usap perut kempisnya. Farhanah hanya tersenyum manis dan menjawab. “Jomlah! Tapi, awak kena tahan saya dari makan banyak tahu! Saya mahu berdiet mulai dari hari ini!” Farhanah nampaknya sangat bersemangat. Qaseh merenung Farhanah dalam-dalam. “Betul ini? Awak janji nak diet? Janji betul-betul? Bukan hangat-hangat tahi ayam?” Qaseh agak musykil dengan permintaan Farhanah. Dia ingatkan semalam Farhanah telefon dia hanya suka-suka. Dia yakin, Farhanah tak akan mampu untuk berdiet. Tapi hari ini, nampaknya dia sangat bersungguh-sungguh! “Betullah!” Farhanah menjawab penuh semangat. 'Mungkin aku patut tolong dia. Dia kan kawan baik aku. Takkan aku tak nak tolong dia pula?'

                                                                                ®®®®®®®®®®®®®®®®®®®

“Hurry! Cepatlah sedikit buat kerja itu! Nanti orang nampak!” kedengaran satu suara sedang mengarahkan kawannya supaya segera melakukan sesuatu. “Okey, okey! Sabarlah. Dah nak siap ini. ” satu suara lagi sedang menyuruh kawannya bersabar. “Okey, dah siap! Lepas ini pasti dia akan menanggung malu!”  Selepas melakukan 'kerja' itu, mereka berdua seger beredar dari tempat duduk di kantin itu.

Bab 10-Gemuk Itu Cute! Part 1.
Sunday, 14 July 2013 | 17:13 | 0 comments

Selepas mematikan perbualan antara dia dengan Qaseh di telefon, Farhanah segera bangun dari katil lalu mencapai komputer ribanya yang terletak di atas meja. Agak lama juga dia tak membuka komputer ribanya yang berwarna biru ini. Dia segera mengaktifkan talian internet lalu membuka laman yang penuh informasi dan pengetahuan, Google. Farhanah menaip laman web yang diberitahu Qaseh sebentar tadi. Dalam 1 minit, muncul laman web tersebut di skrin komputer riba jenama Apple ini. Farhanah lantas membaca sambil menulis info-info yang wajib dia ingat.
                                                     
                                                                         ®®®®®®®®®®®®®®®®®®®®

Keesokan paginya, jam loceng Farhanah berbunyi nyaring menandakan sudah pukul 6 pagi. Farhanah yang sedang enak dibuai mimpi terkejut lalu jatuh dari atas kerusi. Eh, kenapa jatuh dari atas kerusi? Bukankah dia tidur di atas katil? Oh, rupanya malam tadi dia ralit membaca info kesihatan lalu tertidur di atas mejanya. “Aduh, sakitnya pinggang aku ini! Kacau daun betullah jam loceng ini! Orang tengah seronok bermimpi jadi kurus, dia tiba-tiba menjerit. Kurang asam jawa betul!”
Farhanah menngomel geram sambil cuba bangun dari lantai. Dia cuba sedaya upaya untuk mengangkat badannya yang agak besar itu. “Ah, baik aku sambung tidur balik lagi bagus.” kata Farhanah lalu merebahkan dirinya di atas katil empuk itu. Belum sempat dia melelapkan mata.. “Farhanah! Bangun! Dah pukul berapa ini! Kamu itu dahlah anak dara, bangun lambat pula itu! Tak manis langsunglah! ”  Ergh, sekarang ibunya pula iaitu Puan Farah menjerit menyuruh dia bangun. Kenyaringan dan kekuatan suara Puan Farah hampir menyamai bunyi jam locengnya tadi. Adik beradik mungkin?
“Ya ya, saya bangun! Ala ummi ini, janganlah jerit kuat-kuat. Boleh pekak tahu telinga Farhah ini? Nanti kalau ummi kejut lagi, langsung Farhanah tak bangun sebab dah pekak asyik dengar ummi menjerit saja.”  Farhanah mengomel sendirian lalu bangun dari katil. Baru sahaja mahu sambung tidur dah ada yang mengganggu gugat keamanan. Farhanah berjalan mengambil tuala yang disangkut di almari. Dengan segera dia memasuki bilik air dengan kaki kiri dan membaca doa masuk tandas.
                                                                       ®®®®®®®®®®®®®®®®®®®®®

“Belajar elok-elok ya? Tahun ini PMR. Jangan hampakan harapan ummi dan ayah.” kata Puan Farah kepada Farhanah yang sedang turun dari kereta menuju ke sekolah. “Baik ummi.” balas gadis montel itu. Farhanah mengiringi kereta ibunya dengan dua biji matanya yang bulat hingga kereta Saga FLX itu hilang dari pandangan. Farhanah memalingkan arah menuju ke pintu pagar sekolah. Ketika melangkah, dia berdoa dalam hati. 'Ya Allah, kau jauhkanlah aku dari kumpulan The Beautiful dan mereka yang menghina aku pagi ini. Amiin.' Gadis montel itu berjalan pantas kerana dia tidak mahu berlama-lama di situ. Dia tidak mahu remaja-remaja perempuan itu melihat dia di situ. “Wowowow, cik adik nak pergi mana? Sombongnya. Jalan tak pandang kita pun, kan? Opss, lupa pula! Dia itu kan gemuk, mestilah tak kawan dengan orang kurus dan cantik macam kita ini. Dia kawan dengan orang yang suka makan macam dia, kan? Right girls?”
Nampaknya nasib tak menyebelahi gadis montel itu. The Beautiful sudah nampak dia. Waktu itu, dia sudah berpeluh-peluh. ' Qaseh mana? Qaseh, muncullah! Tolong Ahah! ' Dia mula tercari-cari Qaseh, penyelamat dirinya yang setia bersama. 'Nampaknya, aku kena cuba lawan sendiri! Fighting Farhah! Fighting! '
Gadis itu mencari kekuatan sebelum melawan. “Awak semua mahu apa? Saya tak pernah dan tak akan ganggu awak. Tapi, kenapa awak ganggu saya? Hobi awak ke? Tapi setahu sayalah kan, awak semua ini kaki shopping. So, apa kena mengena saya dengan hobi-hobi awak itu. Jangan ganggu saya!”  Farhanah terkejut. Tak pernah dia seberani itu. Lama kelamaan, dia mula mendapat kekuatan dan tersenyum lebar. The Beautiful terkejut besar kerana tidak menyangka Farhanah boleh jadi seberani itu. Mia mula membalas, “ Hey, how dare you! Berani awak cakap macam itu dekat kami semua? Awak tahu tak kami siapa? Saya, anak Tan Sri Azhar. Wani, anak Dato' Azwan. Maya, anak saudara Sheyla Hamzah dan anak Dato' Badrul! Iqa, anak perempuan Dato' Idris. So, awak jangan berani cakap begitu pada kami! ” Mia membalas. Fuh, siap sebut satu-persatu nama ayah masing-masing! “Girls, let's go! Jangan layan badak air macam dia ini! Nanti, dia tahulah apa akibatnya!” kata Mia lalu segera berlalu. Kemudian, Mia berbisik pada Wani. “Do what usually we do now! Jangan bertangguh lagi!”

Bab 9-Gemuk Itu Cute!
Wednesday, 3 July 2013 | 07:32 | 0 comments
“Assalamualaikum, Farhah, Faris. Ummi dah balik ini.” Puan Farah membuka pintu rumah lalu meletakkan kunci kereta di atas meja. “Waalaikumussalam. Ummi dah balik? Kenapa balik lambat? ” Bertaku-talu soalan yang ditanya Farhanah sebaik turun dari tangga. “Ummi ada hal sedikit tadi. Leya, anak murid ummi itu balik lambat sedikit. Mak ayah Leya ada kerja. Memandangkan cikgu-cikgu lain dah balik, terpaksalah ummi jaga dia sementara menunggu mak dan ayah dia sampai.” Panjang lebar Puan Farah menjelaskan sebab dia pulang lewat hari itu.“Ooh, tak apalah kalau macam itu. Nasib baik nasi goreng pagi tadi ada lagi. Boleh Farha panaskan.” Farhanah melirik ke arah ibunya. 'Kasihan ummi. Mesti penat melayan kanak-kanak Ribena yang tak pernah duduk diam di tadika tadi.' bisik hati kecilnya. “Farhah, kerja sekolah dah buat belum? Farha? Farha! Eh, budak ini. Orang cakap dengan dia, sempat lagi mengelamun!” tegur Puan Farah. Farhanah yang sedang asyik mengelamun terkejut dengan sergahan ibunya lalu melatah.“Oh air Ribena sedap diminum kau!” latah Farhanah. Puan Farah sudah ketawa terbahak-bahak siap mengalir air mata lagi! Ish, ish, teruknya! “Ee, ummi ini! Jahatlah. Tak nak kawanlah.” Farhanah berpura-pura merajuk sambil memeluk tubuh. “Ala.. anak ummi yang comel ini merajuk? Tak mahulah merajuk. Nanti ummi belanja aiskrim mahu? Hehehe..” Puan Farah menghampiri anaknya. Dia takut jika Farhanah benar-benar merajuk.Susah tahu nak pujuk! Apabila melihat tiada reaksi balas daripada Farhanah, Puan Farah mula mengeluarkan 'senjata utamanya' iaitu.. 'Super Tangan Geletek!' (Jeng-jeng-jeng!) Puan Farah perlahan-lahan berjalan di belakang Farhanah. Dia mengangkat jari jemarinya lalu, “Ummi! Gelilah! Ummi lepas, lepas! Hahahahah! Hahahahahahahah! Jangan geletek!” Farhanah terkejut dengan 'senjata' umminya itu lalu ketawa terbahak-bahak. Air matanya mengalir keluar kerana banyak ketawa. Perutnya itu sudah mula kejang. Dia sudah tak tahan lagi.“UMMI!” Akhirnya, Puan Farah melepaskan juga jemarinya dari badan Farhanah. Dia mengjongket-jongketkan keningnya. “Ha.. amacam? Rasakan penangan senjata geletek ummi! Hahaha.."   Farhanah hanya diam membisu. Puan Farah sudah mula gelisah.'Dia marah lagi ke?' Bisik hati Puan Farah. Selang 1 minit kemudian, Farhanah ketawa besar. Puan Farah yang tidak tahu apa-apa turut ketawa sambil menggengam tangan Farhanah tanda sayangnya.
                                                  ~~~~~~~~~~~~~~~
Malam itu, ketika makan malam, Encik Farid ayah kepada mereka berdua bersuara."Esok ayah tiada di rumah, ya? Ada kerja di luar negeri. Kamu berdua jangan nakak-nakal! Sayang, kalau mereka ini nakal, beritahu saya ya? Tahulah saya mahu buat apa."  "Baik ayah." Serentak mereka berdua bersuara tanda mematuhi arahan ayah mereka itu. Farhanah yang memang kuat makan mula menambah nasi untuk kali ke 150 juta.. eh, eh, macam tajuk lagu saja. Dia menambah untuk kali ke 3. Lauk yang dimasak umminya malam ini memang membuka seleranya waktu itu. Sebenarnya Farhanah makan apa sahaja pun dia pasti menambah tak kira makanan itu lazat atau tidak. “Farhah, ayah tengok kamu ini makin gempal. Tak sesuai dengan usia kamu 15 tahun. Ayah takut nanti kamu dilanda penyakit obesiti.” Encik Farid menambah. Farhanah yang sedang makan tiba tiba tersedak. Oh, sekali lagi! Pagi tadi soalan yang sama ditanya umminua, sekarang ayahnya pula.
Apa dia nak jawab? Farhanah hanya diam membisu. Nasi yang masih tinggal di dalam pinggan hanya dikuis-kuis. Tanpa berlengah, dia menghabiskan nasi yang tinggal separuh lalu bangun dari kerusi makan. Dia membasuh pinggan lalu diletakkan di atas rak. Dia kemudian terus berlari menaiki anak tangga. Puan Farah dan Encik Farid hanya melihat dan menggelengkan kepala.
                                        #######################
Di dalam bilik, Farhanah baring di atas katil. “Aduh, betulkah aku makin gemuk? Obesiti? Huh, macam mana ini? Ha! Apa kata kalau aku call Qaseh dan minta pendapatnya. " Farhanah lantas mengambil telefon bimbitnya yang berjenama BlackBerry. Dia lantas mendail nombor Qaseh.

Assalamualaikum Qaseh. Awak sedang buat apa?”
“Waalaikumussalam. Tak buat apa-apa pun. Kenapa?”
“Saya nak minta pendapat awak sedikit. Awak ada apa-apa
cadangan macam mana saya mahu mulakan diet?”
“Wah, akhirnya awak berubah juga. Kenapa tiba-tiba? ”
“Besok saya ceritakan. Cepatlah!”
“Okey, okey. Apa kata awak buka website ini. Www.jomdietsihat.com
Pasti menjadi! Kakak saudara saya dah cuba. Memang mujarab segala petuanya!”
“Okay, terima kasih Qaseh.Saya sayang awak! Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”

Older Post
Bonjour!


My name is blablabla. Welcome to my kingdom.Please, don't judge me. I wanna be who I am.

Shout


Put your shoutbox here.Max width 230.